Wednesday, November 2, 2011

persepsi aku tentang gendang..

adoiiiiiiiiiiiiiii.... hahaha 2 tahun aku tak isikan apa-apa kat sini. Sebenarnya dah lupa kewujudan blog nie sampai la baru2 ni aku aktif di fan page untuk drummer2 semalaysia.. Kat sana aku dapat ramai kawan baru.. Kenal ramai drummer2 yang berpengalaman.. dapat ilmu dan kadang2 sembang kosong yang menyeronokkan.. TERBAEK!!!

Kami berbincang secara ilmiah. Tiada niat nak kata aku bagus engkau tidak.. hanyalah menyatakan pendapat dan kefahaman masing2 dengan alat muzik yang kami cintai.

Aku mengenali drum diusia 13 tahun itu pun ketukan tanpa asas ( belajar tgk org main ja). Tapi diusia 10 tahun aku dah jatuh cinta dengan gendang. Time tu aku main kompang orang kawen.. hahaha.. pakai baju batik sket.. skema!!

Mula2 aku dapat kompang main tak hingat.. diajarnya stroke "tepi dan tengah" & "bukak & tutup" jari. HAPPY!! itu jer yang aku rasa masa tu.. Tapi.. ada satu masalah pasal apa aku pukul bunyi x sedap..??? Sampai merah2 jari aku prektis nak sedap kan mcm otai2. Balut ngan plaster.. kira nak bagi sedap.. ( sebab tgk ada org main kompang mcm tu) tapi semua nya gagal. Sampai la aku diberikan tips oleh orang lama di kampung aku... katanya "main gendang ni tak payah pukul kuat2.. tak keluar bunyi sedapnya tuh.. cuba hang pukul pelan ke kuat sampai la hang dapat bunyi yang sedap tu.. x payah paksa2...". Aiseymennn!!! itu ja trick dia... kita ni bantai la pukul kuat2 nak dapatkan bunyi SEDAP tu...

Bila aku dah masuk sekolah menengah dan kenal jamming studio, aku tinggalkan aktiviti berkompang aku. Masa ni mabuk main gitar plak. Kemudian mula turun ke "CAMY" music.. jamming!!!

Bila dapat drum aku jadik cempera.. Main bantai pukui kuat2.. sama mcm aku main kompang. Dah agak lama baru aku teringat drum ni mcm kompang jugak kan?? Terus aku ingat pesan abg otai kompang tu... "tak payah pukui kuat2... dapatkan bunyi sedap tu (la ni aku tau dah nama dia PUNCH) jgn paksa2.."

Jadinya nak pendek kan cerita, apa yang aku paham tentang gendang ( tak kira la drum, kompang,conga,bonggo djembe atau apa saja yang jatuh dlm kelas gendang) ialah :-

  • alatan ni memerlukan pemainnya paham dgn karekter gendang tersebut
  • kalau kita pukul kuat dia akan jadik overtone.. tak dapat keluarkan tone yang sedap yang memang ada dalam tiap2 gendang.
  • Mcm mana nak cari tone plak?? Kita kena cari "sweet spot" .
  • Mcm mana plak nak tau kita dah jumpa "sweet spot" tu??? Ikut citarasa masing2.. sedap je telinga mendengar.. cuba dapatkan sound tu tiap2 kali kita stroke..
Ini lah yang aku dapat sepanjang 25 tahun main gendang ni. TAPI... sayang tak pandai2 jugak.. hahahah.. aku tak pernah pikir nak jadi rockstar atau pemuzik tegar.. cuma yang pasti I LOVE DRUM... and thats for sure..

Assalamualaikum

1 comment: