Wednesday, November 2, 2011

persepsi aku tentang gendang..

adoiiiiiiiiiiiiiii.... hahaha 2 tahun aku tak isikan apa-apa kat sini. Sebenarnya dah lupa kewujudan blog nie sampai la baru2 ni aku aktif di fan page untuk drummer2 semalaysia.. Kat sana aku dapat ramai kawan baru.. Kenal ramai drummer2 yang berpengalaman.. dapat ilmu dan kadang2 sembang kosong yang menyeronokkan.. TERBAEK!!!

Kami berbincang secara ilmiah. Tiada niat nak kata aku bagus engkau tidak.. hanyalah menyatakan pendapat dan kefahaman masing2 dengan alat muzik yang kami cintai.

Aku mengenali drum diusia 13 tahun itu pun ketukan tanpa asas ( belajar tgk org main ja). Tapi diusia 10 tahun aku dah jatuh cinta dengan gendang. Time tu aku main kompang orang kawen.. hahaha.. pakai baju batik sket.. skema!!

Mula2 aku dapat kompang main tak hingat.. diajarnya stroke "tepi dan tengah" & "bukak & tutup" jari. HAPPY!! itu jer yang aku rasa masa tu.. Tapi.. ada satu masalah pasal apa aku pukul bunyi x sedap..??? Sampai merah2 jari aku prektis nak sedap kan mcm otai2. Balut ngan plaster.. kira nak bagi sedap.. ( sebab tgk ada org main kompang mcm tu) tapi semua nya gagal. Sampai la aku diberikan tips oleh orang lama di kampung aku... katanya "main gendang ni tak payah pukul kuat2.. tak keluar bunyi sedapnya tuh.. cuba hang pukul pelan ke kuat sampai la hang dapat bunyi yang sedap tu.. x payah paksa2...". Aiseymennn!!! itu ja trick dia... kita ni bantai la pukul kuat2 nak dapatkan bunyi SEDAP tu...

Bila aku dah masuk sekolah menengah dan kenal jamming studio, aku tinggalkan aktiviti berkompang aku. Masa ni mabuk main gitar plak. Kemudian mula turun ke "CAMY" music.. jamming!!!

Bila dapat drum aku jadik cempera.. Main bantai pukui kuat2.. sama mcm aku main kompang. Dah agak lama baru aku teringat drum ni mcm kompang jugak kan?? Terus aku ingat pesan abg otai kompang tu... "tak payah pukui kuat2... dapatkan bunyi sedap tu (la ni aku tau dah nama dia PUNCH) jgn paksa2.."

Jadinya nak pendek kan cerita, apa yang aku paham tentang gendang ( tak kira la drum, kompang,conga,bonggo djembe atau apa saja yang jatuh dlm kelas gendang) ialah :-

  • alatan ni memerlukan pemainnya paham dgn karekter gendang tersebut
  • kalau kita pukul kuat dia akan jadik overtone.. tak dapat keluarkan tone yang sedap yang memang ada dalam tiap2 gendang.
  • Mcm mana nak cari tone plak?? Kita kena cari "sweet spot" .
  • Mcm mana plak nak tau kita dah jumpa "sweet spot" tu??? Ikut citarasa masing2.. sedap je telinga mendengar.. cuba dapatkan sound tu tiap2 kali kita stroke..
Ini lah yang aku dapat sepanjang 25 tahun main gendang ni. TAPI... sayang tak pandai2 jugak.. hahahah.. aku tak pernah pikir nak jadi rockstar atau pemuzik tegar.. cuma yang pasti I LOVE DRUM... and thats for sure..

Assalamualaikum

Friday, January 16, 2009

My first entry.......

Salam semua This is my first posting.. and my first blog... tak penah pun terfikir nak ade blog sendiri.. untill recently a lot of thing happens to me....

Hmm lets start with me... myself..
I do love music.. since my school time. When i was 13, try to form a band.. hahhaha lawak masa nie.. Berebut- rebut nak main.. even myself yang tak reti nak main gitar pun sibuk kumpul duit nak beli gitar "kapok"... RM40 masa tuh.. Mahal dah tu. (ada lagik rasa nyer gitar tu kat kampung). So at that time ade 6 orang nak main gitar including me.. Search.. Wings yang banyak kasik influence.. Rock kapak habis... Tempat prektis masa tuh depan rumah jer.. pot depan padang.. (ada kot pic nie.. nanti try upload).. sampai la dah agak mahir pegang chord basic... then dah ready nak jamming... hahaha drummer x dak!!! So masa tuh tangkap muat jer la satu drummer nie.. Jep G... ok la ada gak drummer..

Setlist masa tuh.. Selection dari Search.. isi dan kulit, di pintu sepi.. Wings... Jaket biru.. ops dan satu lagu wajib rashidah utama.. hahaha.. lagu wajib nie..

Jamming masa tuh sangat murah RM10 jer sejam... mana nak dapat rega tuh skang nie.. CAMY Studio.. Ah Chuan nama tokey dia.. Masa tuh baru dapat gitar "karan".. kira abes hati la.. Asal jamminh jer for sure aku sambar gitar Aria Pro merah hati... ala cutting yang macam joan jett pakai tuh tah apa series.. masa tu mana nak tau tengok model... asal gitar "karan"... kira GEMPAK!!! hahahah..

Problem arise bila Jep G kena masuk asrama... hmmm tak de sape nak main drum.. so myself volunteer to ketuk for the band.. Agak kelakar.. my bassist that time ben.. "awat nampak buruk sangat hang pukul chop tuh".. this kind of statement keluar almost everytime during our session.. hahhaha.. Yang betulnya, memang masa tuh agak kekok la.. mana nak jaga pedal.. mana nak jaga chop and mana nak jaga snare.. hmmm bedal aje la.. Tapi masa tu, rasa drum lagik best dari main gitar.. dan cerita pun bermula....